Khamis, 10 November 2011

SEKIITAR SEMENANJUNG SINAI

Segitiga Sinai merupakan sebuah dataran yang menyerupai sebuah pulau, dan berlatarkan dua teluk iaitu teluk Aqabah dan teluk Suez. Keluasannya dalam lingkungan 61 ribu km dan mempunyai dua wilayah. Wilayah yang dimaksudkan iaitu Sinai Utara beribukotakan Ariesy dan Sinai Selatan beribukotakan Al-Thur.

Hampir keseluruhan dataran ini diliputi gurun pasir yang mempunyai keunitkan tersendiri yang menjadi tarikkan pelancong dalam dan luar negara. Bukit- bukau yang menerima hakisan dari tiupan angin yang berumur ribuan tahun menjadikan dataran Sinai lebih terserlah dengan seni yang terpahat di tebing-tebing batu bukit dengan menyimpan seribu rahsia agama tauhid, yahudi dan nasrani. Kawasan -kawasan ini juga diselangi oleh lautan yang bersih dan menjadi tempat percutian pelancong-pelancong asing yang berminat bersantai dan melaksanakan aktiviti snockling terutamanya di musim panas.

Sinai merupakan kawasan rebutan semenjak zaman mesir kuno lagi. Tidak kurang 15 kali Sinai dijajah dan jajahan terakhir oleh israel pada tahun 1973 namun berhasil dibebaskan oleh mesir pada tanggal 6 oktober 1973. Dataran ini juga, melakarkan peristiwa penting kenabian yang diutuskan oleh Allah kepada manusia antaranya ialah Mulai nabi Ibrahim menuju jalan ke Syam, nabi Musa berbicara dengan Allah di Bukit Tursina, Allah menyesatkan bani israel di banjaran Teh selama 40 tahun, Peristiwa penyembahan lembu samiri yang disembah oleh kaum nabi Musa dan nabi Harun. Malah disini jugalah terletak makan nabi Allah Soleh dan Harun a.s demi menunjukkan mulianya kawasan lembah thur yang terdapat di mesir ini



Kelihatan unta liar berehat bersama anaknya. Inilah binatang yang disebut oleh Allah swt di dalam Al-Quran sebagai pengiktibaran bagi orang-orang yang beriman sebagimana yang tercatat di dalam Surah Al-Ghasyiyah ayat 17 " maka apakah mereka tidak memerhatikan kepada unta yang diciptakan " Inilah menunjukkan kebesaran Allah swt sebagai penguasa langit dan bumi.

Pohon tamar ditengah-tengah gurun pasir. Ianya menjadi kawasan persinggahan orang -orang badwi setelah penat mengembala kambing dan mencari hasil-hasil yang terdapat dipadang pasir. Pohon tamar merupakan pohon yang hidup ditengah-tengah padang pasir dengan suburnya. bagaimanakah ianya hidup subuh sedangkan tiada bekalan air disekelilingnya. Inilah menunjukkan kekuasan Allah dalam menghidupkan makhluknya yang mungkin tidak dapat difikirkan oleh pemikiran manusia.

Inilah track yang bakal dilalui oleh pengunjung kembara sufie untuk menjejaki kawasan yang dikisahkan didalam al-Quran berkaitan ummat nabi Musa as yang ingkar terhadap arahan nabi Allah Harun supaya menunggu nabi Musa balik bermunajat untuk mendapat arahan dari Allah swt. Bukit inilah yang disebut bukit Tursina.

Kelihatan pelancong asing bergambar diatas ketinggian lebih 2400 meter. Mereka juga menghayat kisah nabi-nabi terdahulu dan mereka juga menyakini bahawa nabi musa dan nabi harun adalah sebahagian nabi -nabi mereka yang dilahirkan dari bangsa bani israel.

Berpusu-pusu kelihatan pelancong dari pelbagai negara menaikki bukit tursina menghayati sejarah yang juga tercatat didalam kitab-kitab agama mereka. Malah ada diantara mereka menaikki bukit ini kerana ingin melihat matahari timbul dan berdoa. Menurut kepercayaan orang jepun dan china apabila mereka melihat matahari dan berdoa maka doa mereka akan dimakbulkan kerana tanpa penghalang mereka dengan tuhan matahari.

Inilah gambaran diatas bukit tursina berhampiran dengan gereja. Kelihatan pengunjung sedang berehat setelah penat mendaki untuk sampai diatas puncak ini. Disini anda akan melihat terdapat sebuah gereja dan sebuah masjid yang disediakan bagi menunjukkan bahawa kisah nabi Nabi Musa dan nabi Harun merupakan rantaian dari dikisahkan yang terdapat didalam kitab-kitab mereka.

Orang ramai berada dilantai check point terakhir untuk sampai ke puncak Tursina. Disini terdapat gerai yang menyediakan minuman panas dan makanan ringan. Semua barang-barang perniagaan dibawa dari bawah mengunakan unta dan keldai. Sekiranya berpeluang anda boleh melihat bagaimana keldai boleh mendaki diatas batu-batu untuk membawa barang-barang keatas. Ini merupakan satu keunikkan yang tidak mungkin anda ketemui dilain kawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan