Khamis, 10 November 2011

SEKITAR ISKANDARIAH



Iskandariah


Bermula penjelajahan kota iskandariah. ( Alexander The Great ) menapakkan kaki dibumi Iskandariah dan terus berkata " Disinilah akan ku bangunkan kotaku setelah lama ku impikan". Maka membangunlah kota ini pada musim gugur tahun 332sm. Kota ini diperintahkan dan dijaga serta dikawal selia oleh Denokrates untuk merialisasikan apa yang dihajiti oleh Alexander .Hanya setahun sahaja sang raja menduduki kota tersebut dan keluar pada tahun 331sm.

Kota ini pernah menjadi ibukota negara Mesir selama 1000 tahun. Ibu negara mesir ni berterusan sehingga pembukaan dan penaklukan Islam pada abad ke 21h bersamaan 621m. Ianya melalui tiga beradaban besar antaranya ialah Ptolemi, Romawi dan Benzantein. Pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Ali Pasha menjadi pelabuhan yang amat terkenal dengan kunjungan pelbagai negara dan menjadi tempat persinggahan utama dari Yunani, turki dan italia sehingga budaya masyarakat terpengaruh diantara satu sama lain. Pada tahun 1940 bandar iskandariah diduduki oleh 40% bangsa asing dan menjadikan bandar tersebut beridentitikan budaya yang berwarna warni, dan ianya juga diperkatakan bandaraya eropah yang tersadai di tanah arab. Justeru itu, bandar ini juga merupakan diantara bandaraya yang terpadat memuatkan kira-kira 4 juta pendudduk didalamnya. Disini juga dikisahkan pelbagai sejarah Islam terpahat antaranya terdapatnya makam sahabat nabi Abu darda, makam Nabi Daniel, Lukman Al-hakim dan Aulia-aulia lain disamping tinggalan sejarah lama masih boleh dilihat oleh pengunjung-pengunjung yang melangkahkan kai ke bumi Alexander the Great ini.


Kubu Qaitbey dibina pada 1477m. Terletak disebelah timur pelabuhan iskandariah. Keluasan benteng ini 2 hektar persegi dibina diatas tapak rumah api yang pernah menjadi catatan sejarah yang menjadi 7 perkara ajaib didunia termasuk piramid di Giza. Ianya telah menjadi tarikkan pelancong dalam dan luar negara.
tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan